Saturday, 29 July 2017

Entopia Pulau Pinang

Kali pertama ke Entopia.
Sebelum ini dikenali Taman Rama-Rama Teluk Bahang. Pernah pergi sekali masa tu. Rombongan sekolah tak silap.

Untuk ke sini sangat mudah. Paling mudah guna Waze. Hahaha..
Entopia adalah bersebelahan dengan Escapa.

Beli tiket ketika promosi. RM49 buy one free one. Sangat berbaloi.

Melangkah saja masuk terus teruja dengan landskap. Cantik....

Benda pertama dilihat ketika melangkah masuk
Untuk memastikan kita tidak sesat, ikut saja anak panah yang disediakan... sila rujuk peta yang diberikan supaya tidak ada tempat yang terlepas pandang.

Bukan saja ada rama-rama, katak pun ada.

ular yang comel..

seperti berada di pinggir hutan...





Lepas tu ada kawasan di panggil pandora...

Bagi yang bawa anak kecil, kawasan ni mesti sangat menarik..

tempat penetasan..
Kesimpulannya, tidak rugi untuk ke sini.

Digalakkan, bawa bersama air mineral dan tuala kecil... sebab jika waktu tengah hari, cuaca agak panas.

Masa dihabiskan di sini ~2 jam 30 minit.

Maklumat lanjut boleh layari Entopia
Share:

360

Blog Archive