Tuesday, 29 May 2018

Machang Bubok Dilanda Banjir

29 Mei - Selasa, sekitar jam 11.30 malam hujan turun dengan lebat berserta angin kencang. 3am, dikejutkan dengan panggilan dari ayah. Yeaaaah!!! Banjir sudah melanda.
Di saat bangun, air banjir sudah mulai surut.
The best part is, rumah pun dimasuki oleh air. Nasib baik bilik aku selamat.
Kali terakhir dilanda banjir, air masuk melalui rekahan lantai yang ditebuk oleh anai².

Hanya bilik TV belakang dimasuki air. Sebelum air surut, cepat² bersihkan rumah. Jika lambat, memang sukar untuk menanggalkan selut yang tertinggal.

Nasib baik hari ini cuti. Lepas subuh baru selesai semua urusan mencuci. Memang tertiarap juga. Nasib berlaku awal pagi. Jika petang, tergugat juga puasa dibuatnya.

xxxxxxxxxxxxxxx

Hari ini, Kak Yati and family datang berbuka puasa di rumah.
Share:

Wednesday, 21 February 2018

Pelancong Malaysia Perlu ETIAS Untuk Ke Eropah

Mulai tahun 2020, semua rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen baru yang dikenali sebagai ‘European Travel Information and Authorisation System’ atau ETIAS.

Prosedur terbaru ini juga dilaporkan akan menjadi satu syarat wajib kepada semua pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’.

Menurut laman web EtiasEurope.eu, pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’ dibenarkan untuk tinggal di ‘Schengen Area’ untuk tempoh maksimum 90 hari. ‘Schengen Area adalah semua negara dibawah Kesatuan Eropah (EU) kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom.

“Ia merupakan satu prosedur yang akan digunakan bagi menangani masalah individu yang tidak layak sebelum mereka dibenarkan menyeberangi sempadan negara-negara EU.”

“ETIAS dilengkapi dengan Entry–Exit System (EES), akan mempercepatkan, memperkasakan dan memajukan prosedur kawalan sempadan dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap penipuan dokumen serta pemalsuan identiti.

Setiap warganegara dari negara berstatus ‘visa-free’ perlu mempunyai ETIAS yang sah sebelum berlepas dari lapangan terbang.

“Setelah dikeluarkan, pemegang ETIAS yang sah dibenarkan untuk tinggal di kawasan Schengen maksimum 90 hari dari tempoh 180 hari dan sah digunakan untuk 3 tahun dari tarikh dikeluarkan atau sehingga tarikh tamat tempoh pasport, mana yang lebih awal.”

Proses permohonan ETIAS adalah mudah kerana boleh dibuat secara online dan dinasihatkan untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas atau lebih awal.

“Hanya 10 minit diperlukan untuk membuat permohonan dan dikenakan bayaran sebanyak 10 Euro (RM48). Setiap individu yang melancong secara berkumpulan perlu mendapat pengesahan.”

Manakala bagi pemohon yang berumur dibawah 18 tahun, tiada bayaran pemprosesan dikenakan.

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan ETIAS?

Bagi membuat permohonan ETIAS secara online, dokumen-dokumen dibawah diperlukan untuk memastikan kelancaran proses permohonan dan mengelakkan isu lain yang mungkin timbul.

  1. Pasport yang dikeluarkan oleh negara  berstatus ‘visa-free’.
  2. Kada kredit yang sah untuk pembayaran yuran permohonan sebanyak 10 Euro. Pemohonan berumur dibawah 18 tahun tidak dikenakan bayaran.
  3. Maklumat pemohon termasuk alamat tetap tempat tinggal, no telefon dan email

Apa Yang Berlaku Selepas Permohonan ETIAS Dihantar?

Sebaik sahaja permohonan ETIAS secara online dihantar, sistem akan membuat semakan maklumat pemohon menggunakan pelbagai platform dan sistem untuk menentukan samada pemohon layak menerima ETIAS ataupun tidak.
Jika permohonan diluluskan, pemohon akan menerima email kelulusan ETIAS dan jika sebaliknya email akan dihantar bagi menerangkan sebab ETIAS tidak diluluskan.

Berikut adalah negara-negara yang mewajibkan ETIAS bermula tahun 2020.


 

  
Share:

Monday, 12 February 2018

Instagram Mula Mengeluarkan Notifikasi Sekiranya Anda 'Screenshot' Stories


Melalui kemaskini terbaru, pengguna Instagram perlu berhati-hati ketika melayari Instagram Stories kerana sebarang screenshot yang diambil bakal diketahui pemilik akaun.
Difahamkan langkah yang dibuat Instagram ini bertujuan bagi menjaga privasi pengguna serta mengelakkan daripada perkongsian pemilik akaun diceroboh. Berikut merupakan contoh notifikasi yang bakal hadir sekiranya terdapat individu yang screenshot Instagram Stories anda.

Buat anda yang belum mendapat kemaskini terbaru daripada Instagram, mungkin anda perlu menunggu seketika sebelum ‘fungsi’ terbaru ini ditawarkan secara menyeluruh buat semua pengguna.

Share:

Sunday, 11 February 2018

Happy Chinese New Year - The Year of the Dog 2018



Beberapa hari saja lagi masyarakat Cina di seluruh dunia akan menyamput tahun baru. 
Untuk tahun ini mereka akan menyambut kedatangan tahun anjing berunsur tanah.

Berikut beberapa fakta menarik mengenai tahun anjing.


Antara benda bertuah:

  • Nombor bertuah: 3, 4, 9 dan nombor yang mengandungi angka tersebut (seperti 34 dan 49)
  • Hari bertuah: 7 dan 28 setiap bulan lunar Cina
  • Warna bertuah: merah, hijau, dan ungu
  • Bunga bertuah: rose, cymbidium orchid
  • Arah yang bertuah: timur, selatan, dan timur laut
  • Bulan beruntung: Bulan lunar Cina ke-6, ke-10, dan ke-12
dan sebaliknya (tidak memberi tuah)

  • Warna malang: biru, putih, emas
  • Nombor malang: 1, 6, dan 7
  • Arah yang malang: tenggara
  • Bulan malang: bulan lunar Cina ke-5 dan ke-8


Dibawah adalah jadual yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengetahui adakah anda lahir di dalam tahun anjing. 

Tahun Tarikh MulaTarikh Akhir
2018February 16, 2018February 4, 2019
2006January 29, 2006February 17, 2007
1994February 10, 1994January 30, 1995
1982January 25, 1982February 12, 1983
1970February 6, 1970January 26, 1971
1958February 18, 1958February 7, 1959
1946February 2, 1946January 21, 1947
1934February 14, 1934February 3, 1935

Lima Jenis Anjing; Yang mana satukah anda?


Dalam teori unsur Cina, setiap tanda zodiak dikaitkan dengan salah satu daripada lima elemen: Emas (Logam), Kayu, Air, Api, dan Tanah. Sebagai contoh, anjing berunsur Kayu datang sekali dalam kitaran 60 tahun.

Secara teori ciri-ciri seseorang ditentukan oleh tanda dan unsur haiwan zodiak tahun kelahiran mereka. Jadi terdapat lima jenis Anjing, masing-masing dengan ciri-ciri yang berbeza:

Jenis AnjingTahun KelahiranCiri-ciri
Wood Dog1934, 1994Ikhlas, dipercayai, bertimbang rasa, memahami, dan sabar
Fire Dog1946, 2006Pintar, rajin, dan ikhlas
Earth Dog1958, 2018Peramah, serius, dan bertanggungjawab dalam kerja
Gold Dog1910, 1970Konservatif, berfikiran bijak dan mengambil tindakan yang wajar, berhati-hati, dan sentiasa bersedia membantu orang lain
Water Dog1922, 1982Berani dan mementingkan diri sendiri, berpengalaman dalam menangani masalah kewangan

Share:

Friday, 9 February 2018

Percutian ke Hatyai menggunakan KTM Komuter

Mengambil komuter dari stesen keretapi Bukit Mertajam ke Padang Besar pada pukul 6.36am. Harga tiket RM10.70 sehala.

Setibanya komuter kami terpaksa berdiri sehingga ke Alor Setar.

Tiba di Padang Besar sekitar 8.20am. Terus membeli tiket keretapi ke Hatyai. Harga tiket THB 70. Keretapi akan bertolak 8.55am waktu Thailand.

Walaupun tertera nombor kerusi pada tiket tetapi tempat duduk adalah bebas. Paling menarik kerusinya boleh dipusingkan.

Keadaan dalaman keretapi Hat Yai - Padang Besar


Pihak KTMB patut mengambil contoh penjagaan keretapi Thai. Walaupun berusia tetapi bersih dan dijaga rapi. Jika dibandingkan dengan ETS sangat jauh berbeza. Kita patut berasa malu dengan mereka.

Dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa ~40 minit. Di sepanjang perjalanan boleh menikmati pemandangan hutan dan suasana perkampungan Thailand.


Stesen keretapi Hatyai sangat bersih jika dibandingkan dengan Malaysia. Tiada bungkusan sampah atau putung rokok.


Peniaga juga dibenarkan berniaga di platform. Teringat nostalgia semasa zaman 90-an.
Pemandangan pagi kota Hat Yai daripada bilik hotel

Kami menginap di Red Plant Hotel. 5-7 minit berjalan kaki dari stesen Hatyai.
Hotelnya sangat selesa, luas, bersih dan strategik.
Pelanggan dan pekerja hotel juga peramah.

Bagi perjalanan pulang, kami mengambil keretapi pukul 1PM waktu Thai ke Padang Besar.
Setibanya di Padang Besar, kami ke kompleks Padang Besar untuk membeli beras pulut dan beberapa barangan lain seperti pes tomyam.

Untuk makluman, harga pes tomyam di Padang Besar jauh lebih murah berbanding Hatyai.






Share:

Sunday, 13 August 2017

Annabelle: Creation

Terus terang dinyatakan, filem ini tidaklah sebaik seperti yang digambarkan.

Jalan cerita yang mendatar dan tahap "keseraman" yang kurang umph!!!!!

Jalan cerita yang boleh diramal dan kurang aksi. Ending yang tersangat simple.

Daripada pengakhiran jalan cerita, sudah pasti akan ada sambungan, tapi jangan la buat terlalu simple.
"Hantu" pula dah terlalu sinonim dengan filem-filem barat yang lain dan tiada pembaharuan. Boring....

Jika diberi pilihan, The Conjuring jauh lebih baik. Light out pun not bad.
The Exorcism of Emily Rose tidak kurang hebatnya.
Bintang 4.5/10

http://www.imdb.com/title/tt5140878/
Share:

Digi Postpaid 150 Infinite - Ini yang aku dapat....

Aduan kepada MCMC

Bill dalam soft copy

Bill dalam harcopy berserta charge yang dikenakan


Kepada sesiapa yang berfikir untuk bertukar kepada Digi, sila berfikir 2 kali. Ini yang aku kena.

Tukar kepada pakej Digi Postpaid 150 Infinite.
Unlimited internet + hostpot + call + 1000sms. Menarik?

Internet tersangat perlahan. Speed test ~80-100kbps. Itu ok lagi. Ada masa buat speed test pun failed. No internet connection.

2 kali buat report. Macam2 alasan diberi.
1. Pencawang berhampiran sedang dinaik taraf.
2. Pencawang sesak

Aku dah pergi banyak tempat buat speed test internet connection sama saja.

Jika bernasib baik, dapat dlm ~5Mbps.

Ini link complain org lain pasal pakej nie...

https://community.digi.com.my/t5/Postpaid/Postpaid-150-Infinite-very-slooow-internet/td-p/26331

Internet tersangat tak stabil. Sesuka hati ada, sesuka hati "mampos".

Signal 4G, iaitu 3-4 bar. Jika 3G... al-fatihah ya. Boleh ambil handphone buat pemberat kertas.

Dan aku pakai iPhone 7 Plus. Nanti takut kena kecam phone cam ayam signal tak compatible dgn Digi pula.

2 bulan berlalu dengan menguji tahap keimanan di tahap maksimun bersama Digi sebab nak habiskan deposit 2 bulan tu.

FYI, iMessage activation pun kena charge ya. RM0.60 sekali hantar sebab international SMS. Aku kena charge buta-buta ~RM22 sebab tu. Ni aku tak boleh complain sebab mmg dari awal dah ada notification iMessage activation mungkin akan dicharge oleh telco. Tapi telco aku sebelum tu tak pernah charge pun.

Maka, drama sinetron bermula bila aku nak pindah dari digi ke telco lain.

Permohonan permata ditolak.
Aku call tanya, kenapa tolak sebab pakej ni tak ada contract pun. Ok. Salah depa.. . minta telco baru submit request lagi kat depa.

Permohonan ditolak kali kedua,
Bara dah.
Call tanya, depa cakap sebab aku langgan MNP diskaun RM10 utk 12 bulan. Boleh pula mcm tue. Disebabkan tu aku ada contract dgn depa. Gila apa... Aku gaduh suruh tutup benda bodoh tue. Dan paksa depa hantar balik permohonan aku utk MNP. Sebab tu salah depa tak explain elok2.

Aku dah bara dan buat aduan dekat MCMC.

Selepas hampir 2 minggu baru MNP aku berjaya.

Hari ini pula, aku dapat last bill dari Digi dalam hard copy dan buta2 kena charge RM5 sebab tu.

Walaupun RM5 aku tetap nak gaduh dgn Digi sebab dah lama bara dgn service depa.

Call tanya, kenapa selama ni boleh hantar softcopy kat email, tapi kali ni gedik duk p hantar hardcopy. Alasan sebab mmg last bill akan dihantar hardcopy. Kebodohan apakah yang cuba dibuktikan ini?

Aku cakap nak report dekat MCMC. Nak menipu? Nak makan duit free kot.
Digi dah ambil kes aku dan cuba waive RM5 tu. Bagi masa 24-48 jam untuk tindakan.

Kesimpulan, aku tak akan pakai Digi lagi.


Share:

Saturday, 5 August 2017

Honda Civic

Alhamdulillah. Tarikh 23 Jun 2017 mencatatkan sejarah baru....

Selepas 3 kali tukar warna, akhirnya saat yang ditunggu telah tiba.

"Drama" seperti di bawah.

  1. Ajak Shazlina pergi test drive Honda Civic. Booking kereta dgn warna "silver".
  2. Setelah beberapa hari, baru beritahu keluarga tukar kereta. Kak Ani dan Kak Yati tak percaya sehingga ditunjukkan booking receipt.
  3. Bawa Kak Ani pergi tengok kereta, katanya warna silver tak cantik sangat. Ok this time tukar warna merah. 
  4. Hari berikutnya, pergi Honda Taiping dengan Aravind. Tunjuk warna merah. Di bawah panas terik cahaya matahari warna merah memang cantik. Tapi jika cuaca mendung.. buruk. Aku dah pening kepala.. tak nak ambil warna sama dengan Honda City. Akhirnya, call tukar warna putih. Tamat kisah pemilihan warna. Penjual tu pun dah pening dgn aku rasanya. 

Aku minta nak ambil kereta selepas raya. Tak nak nanti org cakap kereta raya.

Apa kan daya, kali ni cepat pula dapat kereta. Kereta Honda City kena tunggu 6 bulan lebih. Menantis kau. Masa tu sebab Thailand kena banjir. Jadi sebahagian part tak dapat dihantar ke Malaysia.

Kereta ni seminggu sebelum raya dah sampai.
Aku biarkan dekat Honda sehingga hari Jumaat baru pergi ambil. Tarikh pendaftaran JPJ, 20 Jun.

Pergi ambil kereta ditemani oleh Aravind dan maknya.

Honda City aku tolak dgn harga RM41K. Semua urusan penukaran nama selesai hari itu juga. Mudah dan cepat.

Warna silver

Warna merah


 
Akhirnya warna putih menjadi pilihan :-p


Setelah bawa balik, mulalah sesi membuang plastik
Aku beli kereta ni dapat rebate RM4K sempena hari raya.
Kenapa beli kereta ni?

  1. Tertarik dengan lampu belakang yang mengoda.
  2. Panel digital dengan animasi yang menerujakan.

Jika org tanya pasal performance atau seumpamanya... Harap maklum, kurang arif. Yg aku dapat rasa, perbezaan "pick-up". Tekan sikit ja minyak, dah mcm nak "terbang".

Setelah sebulan lebih aku memiliki kereta ni, mmg puas hati. Minyak pun jimat.
Share:

360

Blog Archive